::Be beauty::
Selamat Tinggal 2012
Monday, December 31, 2012 @ 7:46 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


tak jawab dosa , kalau jawab tandanya sayang . hohohohoho . *gelak encik santa klaus berambut putih serta berjanggut panjang . haish bawak bawaklah bercukur encik santa klaus oii . well as u know cuti tinggal sehari je lagi . cuti  yang diberi selama 2 bulan rasanya macam tak berbaloi pulak . mohon encik perdana menteri beri cuti lagi sebulan boleh . tak nak masuk form 4 . tak nak tak nak . hentak kaki persis seoarang minah gedik . 

aku ditinggalkan keseorang di bawah . cerita lagi nak sadis bagai kan . kalau korang rasa entry kali ini amat membosankan tahap dewa langit ketujuh ratus lima puluh lima , button pangkah ada dekat penjuru atas belah kanan , click dan mohon angkat kaki dari sini . 

kriuk...kriuk...kriuk...

ok perut dah bergendang dah . bukak freezer amek chocolate kadberi mousse . ntah betul ke tak aku eja . well , hujan yang berlarutan membuatkan perut aku ni membentak inginkan sesuatu yang mengenyangkan . tatabahasa yang digunakan semakin hari semakin bagus kan ? 

sedih pulak nak tinggalkan kau wahai 2012 . *amik tisu lap hingus . woah kale hijau seyh . terserlah kejijikkannya di situ . 

kebongokkan apakah sampai gambar tak boleh nak letak nih . apa yang special sangat tahun 2012 nih ? suka , duka , jatuh , bangun , duduk , berdiri , bersila , memori yang bodoh , seronok , indah , bangang , sakit hati , suka suka , dan banyak lagi :') semua nih aku lalui dalam tahun 2012 . jom cekidaut .

      2012 .
  1. 3 Intan Happening Class Ever
  2. PmR Candidates
  3. 2 ekor kucing aku mati dalam masa 2 minggu
  4. Setahun pemergian arwah atok
  5. Semakin tinggi
  6. Got A tegak for PMR
kalau nak disenaraikan semua memang akan jadik panjang sepanjang lebuhraya utara selatan . kau fikir aku perajin ke nak taip pepanjang ni . dalam mimpi pun belum tentu lagi . 

ohh ohh lupa pulak nak tulis azam tahun baru . actually tak perlu tunggu tahun baru . nak berazam , azam lah hari hari . tak perlu tunggu tahun baru ,barulah korang terhegeh hegeh nak berazam .

# nak jadi khalifah yg mampu melaksanakan tanggungjawabnya selaras dengan agama Islam .
# nak jatuh cinta dengan subjek mathematics and new subjek { physics , chemist , addmath , bio }


najwa fatini 
satu sekolah kenal aku

Labels:


Buaya Longkang Penipu.
Monday, December 24, 2012 @ 2:01 AM | 0 Comment [s]



              Ehem Ehemm. *pegang mikrofon* Testing testing one two three >.< Ngehh ngehh. Assalamualaikum ;) Hai, anda masih lagi bersama saya dalam rancangan BICARA HATI. Eh? Haha k -,- Ce tengok tajuk entry kali ni. " BUAYA LONGKANG PENIPU ". Woooo, haha :D Tak faham? Okay ceritanya cenggini. 

              Pada suatu hari tinggal lah seekor buaya jantan di dalam longkang yang kotor yang suka menipu. Akhirnya buaya jantan tersebut ditinggalkan oleh buaya betina a.k.a bini dea kerana kerap menipu. Okay, THE END~ Eh? -,-


              Kuang kuang kuangg~ Ada ke buaya tinggal dalam longkang? -,- Ngehh ngehh. Bukan tuu ceritanya :3 Macam ni. Aku tengah single masa tu and sekarang pun sama :3 Nak dijadikan cerita, masa aku dalam proses nak lupakan Mr.Secret, muncul lah pulak seorang jejaka yang mempunyai perut tapi tidak mempunyai hati -,- Let me call him Mr.Buaya. Texting-2, calling-2, last last couple :3 Haha biasa lah tu enn. Tak sampai sebulan pun. Ada lah dalam dua tiga minggu~ Ha'ah aku yang mintak break. Nak tau sebab apa?


              SEBAB DEA TIPU AKU. SEBAB DEA ADE PEREMPUAN LAIN. Grrr, bongok -,- Masa aku terima dea tu sebenarnya aku masih tak percayakan dea sebab masa tu dekat facebook, dea masih in relationship dengan sorang perempuan nii. Then kenapa aku terima? Yaa, aku terima sebab masa dea mintak couple dengan aku, dea delete relationship tu. And esoknya dea jumpa aku sebab aku yang suruh dea jumpa aku kalau dea betol-2 serious. So aku ingat dea serious. Dalam masa yang sama aku still cuak >.<

              Then aku mintak tolong Esya untuk add perempuan tuu kat facebook. Bila perempuan tu dah approve, aku terus chatting dengan dea guna account Esya. And you know what? Perempuan tuu cakap dea dengan boyprenggg aku a.k.a Mr.Buaya tu still couple -,- WHAT THE??! Apakk ahh. Masa tu aku dah meletup dah serupa gunung berapi tauu. Dari petang sampai malam aku tak angkat pun bila Mr.Buaya tu call and aku tak reply text dea langsung. Sakit hati -,- 

              Malam tu aku tanya dea apa sebenarnya hubungan dea dengan perempuan tuu. Dea madah nak elak jee -,- Mintak kaki siak Mr.Buaya nii~ Asal aku tanya jee, tau dea jawab apa? Haa, cenggini.

" Apa awak nii. Mana ada "
" Saya dengan dea tu cuma kawan je lahh "
" Dea memang macam tu. Dea membe rapat saya je "
" Awak sorang jee ada dalam hati saya "

              Dah lah reply lambat, reply cenonit je pulak tuu -,- Mana lah aku tak sakit hati? Bukan nak explain ke apa ke~ Nampak tak kesengalan kat situ tak reti nak menipu aku? -,- Terserlah sungguh :3 Then esoknya aku paksa dea lagi untuk ngaku. Last last dea mengaku jugak -,- Mungkin dah penat kott sebab aku selalu tanya pasal benda ni :3 Nak tau dea cakap apa? 

" Saya jujur ea, dea tu memang awek saya "
" Takpe lah kalau saya couple dengan awak "
" Saye saje je nak couple dengan awak. Tak salah enn "
" So nak break lah nii? "

              Aku tanya dea kenapa tipu aku, kenapa mintak couple dengan aku even dea dah ada awek.. Dea cakap saja? Saja tengkorak dea! Last-2 nak tau aku reply apa? Panjang wooo :D

" Aku benci kau. Kau memang tak guna. Aku percaya kau tapi kau? Kau ingat aku apa? Patung? Haha good job :D Buaya. Kau cakap apa? Janji takkan curang? Huh pergi jalan dengan kau punya janji. Janji sampah. Thanks sebab buat aku ceni. Haha aku suka :D Mulai hari ni aku tak pernah kenal kau n its over. Dasar buaya longkang penipu :) Haha thanks :D Aku doakan supaya kau tak tipu perempuan lain. What goes around comes around. Remember that. Haha tahniah sebab hancurkan kepercayaan aku :D Oh yaa, nice try :) "




              Hamekkau >.< Semua aku sembur~ Sebenarnya lagi teruk. Sampai pig terus aku nak keluarkan. Tapi memandangkan aku ni still manusia yang masih ada hati dan perasaan, so aku tak keluarkan bahasa yang tak elok :D Kau Aku terus yang aku guna. Takde dah Awak Saya nii~ Pastu dea tak reply. Aku taktau sebab apa. Mungkin malas nak layan aku. Or mungkin dea terkejut aku panggil dea buaya. Ataupun takde idea nak reply apa :D

              Esya, thanks sebab bagi aku pinjam account fb kau ;) Thanks sangat <3 Kalau tak, sampai sekarang aku takkan tau benda ni semua :( Najwa, Yana, Intan, Ayu and Acap jugak. Thanks sebab selalu ada dengan aku. Dengar cerita aku :') Okay dah. Sedih tak cerita aku? >.< Okbye :( Assalamualaikum~


Hmmm, sob sobb :'(

Labels:


RESULT PMR ;)
Sunday, December 23, 2012 @ 1:14 AM | 0 Comment [s]


              Assalamualaikum. Haii *kenyit mata* hmm lame dah tak update blog ni kann :') sejak dua menjak ni banyak sangat benda yang berlaku dalam hidup aku. Yess terlalu banyak. Happy, sedih, sakit hati.. Semua ada.

              Cerita happy? Ada! Happy sangat :D *lompat lompat* 19.12.2012 <--- Tarikh keramat tuu babe <3 Kayy cenggini. Seminggu sebelum tarikh tu. Ya Allah. Gugur jantung aku tauu :3 Cuak punya pasal. Eh, taktau ke? Result PMR keluar mase tuu :) Oraitt sambung. Selama seminggu tu aku takboleh tidur. Makan rasa mcm nak muntah. Over enn? Haha lantak lahh. Aku memang cenggini :3 Sama macam nak tunggu result UPSR dulu. Pejam celik pejam celik da sampai tarikh tu. Deaorang cakap result keluar pukul 11 pagi. So aku decide 10.30 baru gerak pergi sekolah. Then otw pergi sekolah masa dekat dalam kereta, Suraya call aku. Nak tau dea cakap apa? Haa ceni.

Suraya: Eh lisa lisa! Kau kat mana tuu? Cepat cepat! Nama kau dah panggil nii. Kau dapat straight A. *jerit excited*
Aku: Eh? Takyah ahh memain wei. Jangan ah buat aku takut. Dah dah. Jumpa kat sekolah jee. Okbye.

              Aku terus matikan talian. Aku tak percaya k. Nak tau sebab ape aku tak percaya? Yelahh, kata result keluar pukul 11, tapi ni belum pukul 11 deaorang dah tau -,- Dah sampai sekolah, masuk je dewann... Apak ahh. Ramai gila orang. Sesak >.< Aku tengok cikgu tengah umumkan nama budak budak yang dapat straight A's. Then aku pergi amek result kat stage. And you know what? Aku memang dapat straight A's! :D Alhamdulillah ;) Happy woooo <3 Kalau tak ramai kat situ dah lama aku joget tarian gangnam style atas stage tauu :D Tapi memandangkan orang ramai, jadi aku kena control kiut gituu xD Haha phuihhhh~

Eh, terselit pulak gambar ni :D

            Turun stage je aku terus peluk ibu dengan ayah. Fehh fehh fehhh terharu :') Ibu menangis gembira <3 Tapi ayah tak nangis. Control macho gituu :D Haha tapi enn aku tak melilihkan air mata pun mase tuu -,- taktau sebab apa. Masa UPSR dulu, hamekkau.. Tak berhenti air mata aku mengalir. Masa PMR ni takboleh nak keluar pulak air mata aku nii -,- Mungkin over happy kott :D Tak sangka. The most subject that i afraid of is ENGLISH -,- Sebab apa? Sebab aku rasa english kali ni susah gila. Aku buat karangan pun rasa macam tunggang terbalik :3 Tapi Alhamdulillah ^^

            Okay lepastu jumpa member yang lain. Then kitaorang macam biasa. Apa lagii snap gambar lahh :D Then aku terperasan someone. Siapa? Jeng jeng jenggg~ Mr.Secret. Woooo. Dah lama enn tak dengar cerita pasal dea. Nak tanye dea dapat berapa, tapi malu.*tutup muka pakai bantal*  Haha gedik tak? >.< Last-2 aku call je dea. Lepastu aku call Acap tanya dea dapat berapa. Kenal tak? Alaaa, Acap ex aku tuu. Haha xD Lepas call Acap, aku call Pejan pulak :)



Wawa, Lysa, Esya ;)


Lysa, Wawa, Intan ;)

              Oh yaa lupa nak bagitau. Ibu cakap ibu ada mimpi sebelum ni. Ibu cakap semua gred aku dapat. A ada, B ada, C ada.. Semua lah ada. Apakk ahh -,- Tapi ibu tak cerita sebab tanak aku risau. Ngehh ngehhh <3 Nampak tak kerisauan ibu kat situ? Sampai terbawak bawak dalam mimpi. Hehe ILOVEYOU IBU :* ILOVEYOU AYAH :* Sebenarnya enn, aku pun ada mimpi jugak -,- Aku mimpi aku dapat 8A. Hehe Alhamdulillah mimpi tu jadi kenyataan ;)

              Okay dah. Habis cerita :) Tepuk tangan tepuk tangan~ K chaw. Assalamualaikum 
^^
Muuuahhhhh :*

Labels:


19.12.2012 Result PMR
Wednesday, December 19, 2012 @ 10:20 PM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

first sekali haruslah dikepilkan sekeping gambar pada entry kali ini untuk menceriakan lagi suasana dan mood pada hari ini .



cerita ni semalam punya . belum basi lagi . tarikh luputnya lambat lagi . jangan risau jangan runsing . semalam 19 kan ? kejap nak pergi tengok kalender kuda ,siput dan sebagainya untuk memastikan ketepatannnya . semalam amik result pmr .

sebelum tuh jom buat excercise . cukuplah sekadar berlari sekeliling bilik korang je . lepastu baru boleh baca apa yang aku tulis ni . malam 18.12.2012 sumpah tak boleh tidur . macam tunggu langsuir datang ketuk ketuk tingkap . jantung ni dok dup dap dup dap . jantung yang normal berdegup sebanyak 100,000 kali sehari . jantung aku berdegup 180, 000 menjelang 19.12.2012 . macam lepas buat larian jogathon mahupun marathon .

the next day , bangun pepagi terus buat larian satu rumah . aku ni memang malas nak gerak awal awal pergi sekolah . biasa lah nak buat apa tunggu pengetua lelama kat sekolah kan .malas nak jadi orang yang menepati masa .lepas dah puas sakat jiran2 aku kat luar tuh terus masuk rumah nk mandi . aku kalau dah masuk toilet tak sah kalau tak buat konsert . habis satu album nirvana aku nyanyi dalam bilik air .

tengah nak pakai tudung sekolah kawan aku call .  arghh spoiled betul .

liyana : najwa!!kau bila nak datang sekolah .
aku : hohohoii .ni hau ma ? terus offkan talian .
liyana : serius lah kau bila nak datang . cikgu dah umumkan siapa yang dapat straight a ni .kau dpat straight a (dalam nada menangis)
aku : *kebil kebil mata . otak tak dapat nak menganalisis maklumat yang baru diterima . erk . agak2 lah nak kencing aku kau nih . sabar ea aku . jap lagi aku sampai .

tak sempat nak menatap muka aku yang macam emma maembong ni .pakai saeung je tudung tuh . haish time2 macam ni lah stoking aku hilang .bonda ohh bonda . mana stoking yang beli semalam tuh . ada dalam laci adek lah .

sampai sekolah dengan muka blur aku masuk dewan dengan bonda aku . kawan aku cakap weyh amik slip kau dekat pentas . kau dapat 8a .

muka blur lagi . then betullah kawan aku cakap yg aku dapat straight a . lmfao . tak sangka siot math aku tak sangkut . *jogetjoget


lysa , aku , intan


lysa , intan , yana , ain , aku


aku , yana , esya , lysa


aku , lysa , esya

alhamdulillah . nak tahu empunya blog ni dapat berapa a ? jom cekidaut

esya : 7A 1B
lysa : 8A
intan : 6A 2B
najwa : 8A


najwa fatini
satu sekolah kenal aku

Labels:


Seksaan Selama 44 Hari Sebelum Kematian
Monday, December 17, 2012 @ 5:18 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


aku kalau bab2 mukadimah ni memang tersangatlah gagal . kalau buat karangan bm , time nak buat mukadimahlah yang aku paling tak suka . bila cikgu ronda2 kelas nak tengok apa yang murid dia buat , cikgu mesti berhenti kat tempat aku lelame dan masa tuh aku akan buat2 tulis mukadimah . bile cikgu dah blah jeh , apelagi aku koyakkan buku penulisan aku tuh . *cikgu mohon baling duster dekat saya 

sedang aku membaca sejarah ulek mayang , tetibe aku jumpa benda nih . jom kita cekidaut

Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.




Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

HARI PERTAMA:

-Diculik.
-Dirogol (lebih daripada 400 kali)
-Kebuluran dan kekurangan nutrisi
-Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
-Dipaksa onani
-Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
-Dicucuh dengan pemetik api
-Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI KE -11 :

-Dipukul berulang-ulang kali.
-Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya.
-Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag.
-Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut
-Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
-Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
-Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
-Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
-Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI KE-20 :

-Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki
-Dipukul dengan buluh
-Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
-Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
-Dipukul dengan kayu golf
-Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
-Dipukul dengan batang besi berulang kali.
-Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
-Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan.

HARI KE-30 :

-Lilin panas dititiskan ke muka
-Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
-Dicucuk jarum di bahagian dada
-Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
-Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
-Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
-Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
-Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas
-Gegendang telinga mengalami kerosakan yang terukSaiz otak mengecut

HARI KE 40 :

- Merayu penyeksanya “membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir”

I JANUARI 1989 :

-Menyambut tahun baru bersendirian.
-Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
-Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI KE-44 (HARI KEMATIAN) :

-Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya.
-Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin.
-Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam.
-Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.

Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis.

Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka hanya didakwa atas sebab ‘mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian’ dan bukannya ‘pembunuhan’. Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah.

Mungkin bukti itu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda).

Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.




najwa fatini
satu sekolah kenal aku

Labels:


# Bodoh 1
Thursday, December 13, 2012 @ 5:16 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


sejujurnya aku memang teringin sangat nak post kat blog ni pasal ekonomi negara , masalah dalam mahupun luar negara , kehidupan manusia , alam haiwan , kebodohan manusia , politik , sejarah kesultanan melayu melaka , agama , haiwan ternakan , akuatik , jin dah blah blah . tapi apakan daya aku hanya lah seorang manusia yang sememangnya pemalas untuk menaip panjang lebar . seperti yang korang sedia maklum aku ni ada penyakit pemalas tahap langit ketujuh . bertapa malasnya aku nak menaip . 

back to the real topic . apa dan kenapa title tu aku letak bodoh 1 ? sebab entahlah . title tu je yang aku mampu pikirkan buat masa ni . 

pra remaja 13-15 adalah antara golongan2 yang biasanya tergolong dalam golongan bodoh 1 untuk kali ini . sebab mereka2 inilah yang menjadi parasit merosakkan bahasa ibunda . sering menjadikan laman sosial khususnya facebook sebagai tempat melepaskan nafsu amarah dan sebagainya . buat status yang beremosi dengan tatabahasa dan kosa kata yang ntah pape kau pikir orang suka ke ?

contoh status yg si bodoh buat

"oiyy...shiall lah betiwna turh..koe engat are que batark kew ngan balark koe" . 

sememangnya mereka2 ini sangat kreatif dan kreatif dan kreatif  kerana mampu mencipta serta membuat ayat yang ntah pape tuh . aku rasa mungkin mereka2 ini merasakan  ianya sangat cool dengan membuat ayat sebegitu rupa . hodoh betul rupanya . nak dimarah , anak orang . bukannya mereka ni tak ada otak untuk berfikir secara rasional dan waras . kekadang aku rasa nak hacked account2 mereka ini . tapi aku tak adalah sekejam tu . 

dan lebih bodoh dari si penulis adalah rakan2 penulis yang bukannya nak menegur penyalahgunaan perbendaharan kata  malah menyahut dengan kata2 yang lebih kurang sama bunyinya. dua2 otak sama .

apa ke dungunya budak2 sekolah zaman sekarang ni ? kenapa suka sangat buat ayat macam budak tak pernah pergi sekolah ? sia2 pulak rasanya mak bapak kau hantar kau pergi sekolah dengan yurannya lagi tambang bas , duit minyak dan duit belanja untuk korang . tukar2 ejaan. kau pikir comel ke ? cool sangat dah buat ayat macam tu ? buat status ntah pape . pastu bajet ramai orang nak tekan "like" untuk status kau ?

wahai adik adikku sayang serta rakan2 . gunakanlah laman sosial itu sebaik -  baiknya .tulislah status pasal ayat2 motivasi ke , bola ke , haiwan ke . 

p/s : cintailah bahasa ibunda kita

p/s : gunakanlah teknologi yg ada dengan lebih bijak


najwa fatini
satu sekolah kenal aku

Labels:


UKKM : Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM
Sunday, December 9, 2012 @ 7:44 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Disebabkan kesibukkan yang amat melampau pada cuti sekolah ni so aku tak ada masa nak update blog . al maklumlah aku kan bakal menjawat jawatan perdana menteri malaysia . hahahaha . dalam erti kata lain aku malas . 

27.11.2012 hari jadi siapa tuh ? anyway happy bithday untuk manusia2 yang dilahirkan pada tarikh tersebut . actually 27 tuh aku ambik exam UKKM dekat MRSM PONTIAN . mesti korang cakap tak boleh jauh lagi agaknya kan ? ngaku jelah wei . ramai yang tanya aku "wei najwa asal tak amik test dkt MRSM Johor Bahru atau lebih dikenali dengan nama MRSM Seri Alam kan lebih dekat" . aku dengan riaknya cakap dekat kawan "aku sebenarnya  nak cuci mata tengok tempat orang" . cerita sebenarnya aku applied awal . masa aku isi borang tuh tak ada nama mrsm johor bahru .  so nak tak nak kena amek test tuh dekat pontian sebab tu je yang paling hampir . suka menyusahkan mak bapak aku jeh sebab kena hantar jauh2 . mak mohon cubit anakmu ini . 

sampai sana pukul 1.30 ptg . ayah aku singgah jap dekat surau sebab nak solat zohor . dah settle solat gerak pergi MRSM . sampai je sana terus call 3 orang lagi kawan tanya dekat mana diaorang . alhamdulillah dapat amek perikse satu lab dgn diaorang  . tak dapat kawan baru pon sebab kiteorang berempat duduk dekat satu tempat . kira sebelah aku tuh kawan2 aku jugaklah  . aku senyum dekat budak yang duduk sebelah kawan aku , haram dia nak senyum balik dekat aku . punyalah bersungguh-sungguh aku senyum dekat dia sampai tayang hampir kesemua batang gigi aku yang putih lagi bersinar ni . tak pe kau tak pe . tapi ada jugaklah yang patern dia mcm aku ni senyum sampai nampai semua gigi . comel budak perempuan tuh . kite orang senyum serentak . senyum macam dah lama kenal . masa tuh aku dekat tepi toilet dia nak turun tangga . tapi tak sempat tanya nama . 

esya gemuk....hahaha


back to the topic .kita akan jawab ukkm ni pakai komputer . dah maju rupanya . aku pikir pakai ketas . bagi aku soalan math dia susah . 40 soalan dalam masa 1 jam . tak terkencet pulak kan nak jawab soalan math yang susah tahap langit ketujuh tuh . sebenarnya soalan math dia macam soalan pmr tapi dia bagi yang aras tinggi punya sampai aku tak dapat nak bezakan ni soalan ke atau biji rambutan . jangan penah terpikir untuk meniru sebab soalan korang takkan sama dengan soalan yang dia kasik dekat budak yang duduk sebelah korang . contoh kalau korang tengah buat soalan no 1 tak semestinya orang sebelah korang akan buat soalan no 1 macam korang . mungkin soalan no 1 korang akan ada dekat soalan no 12 orang sebelah . aku tengok soalan no 1 susah dia macam soalan pmr no 30 . blanked untuk seketika .  skip punya skip dah sampai soalan no 4 .satu pun aku tak jawab lagi . ini tidak boleh dibiarkan sebab kalu dibiarkan akan jadik lebih parah separah orang yang tengah berpeluk dengan orang yang bukan muhrimnya . so aku back semula ke soalan no 1 . 1 jam korang akan rase mcm 30 minit jeh . kalkulator yg korang bawak tuh akan jadik macam perhiasan je . takkan sempat untuk korang tengok jawapan orang sebelah kecuali korang sendiri yang terlebih  peramah  tanya jawapan . 

paper sains dia ada 50 soalan jawab dalam masa sejam . so far so good . tak susah kalu korang baca buku sains . personality question dia ada 100 . best soalan ni . tak perlu pikir2 . jawab ikut kata hati korang . aku rase kita kene pilih jawapan yg ade ciri2 kepimpinan dan sains . sebab itu lah ciri2 murid yg MARA nak kan ?


aku sarankan korang untuk baca buku dan ingat segala formulae2 math . sebab dia tak kasik formulae2 tersebut . tension betol  .nasib aku dah letak minyak pelincir dekat otak aku yang dah berkarat ni .masa dalam kereta ada jugak lah selak2 buku . masuknya tak jugak . last2 amek phone snap  gambar dengan esya . 

eceh konon2 comel lah tuh

buddyz



so untuk sesiapa yang bakal mengambil UKKM ni goodluck..

p/s : senyum itu sedekah
p/s : senyumlah diamana pun anda berada
p/s : senyum jelah dekat orang yg dah bersusah payah senyum dekat kau(perempuan perempuan)



najwa fatini
satu sekolah kenal aku

Labels:



Older Post
❤ Owner ❤


we are the person who wrote this blog . I like black white colour . You ?? Please be nice here and don't copy what's mine! Don't Judge a Book By It's Cover :) :).


Entry Profile Links



❤ Tagboard ❤

Put your Cbox here :)

❤ Big thanks ❤
Template by : Izyanyancinnamon
Big help : Nurul
Edit by : You :)