# Bodoh 1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
sejujurnya aku memang teringin sangat nak post kat blog ni pasal ekonomi negara , masalah dalam mahupun luar negara , kehidupan manusia , alam haiwan , kebodohan manusia , politik , sejarah kesultanan melayu melaka , agama , haiwan ternakan , akuatik , jin dah blah blah . tapi apakan daya aku hanya lah seorang manusia yang sememangnya pemalas untuk menaip panjang lebar . seperti yang korang sedia maklum aku ni ada penyakit pemalas tahap langit ketujuh . bertapa malasnya aku nak menaip .
back to the real topic . apa dan kenapa title tu aku letak bodoh 1 ? sebab entahlah . title tu je yang aku mampu pikirkan buat masa ni .
pra remaja 13-15 adalah antara golongan2 yang biasanya tergolong dalam golongan bodoh 1 untuk kali ini . sebab mereka2 inilah yang menjadi parasit merosakkan bahasa ibunda . sering menjadikan laman sosial khususnya facebook sebagai tempat melepaskan nafsu amarah dan sebagainya . buat status yang beremosi dengan tatabahasa dan kosa kata yang ntah pape kau pikir orang suka ke ?
contoh status yg si bodoh buat
"oiyy...shiall lah betiwna turh..koe engat are que batark kew ngan balark koe" .
sememangnya mereka2 ini sangat kreatif dan kreatif dan kreatif kerana mampu mencipta serta membuat ayat yang ntah pape tuh . aku rasa mungkin mereka2 ini merasakan ianya sangat cool dengan membuat ayat sebegitu rupa . hodoh betul rupanya . nak dimarah , anak orang . bukannya mereka ni tak ada otak untuk berfikir secara rasional dan waras . kekadang aku rasa nak hacked account2 mereka ini . tapi aku tak adalah sekejam tu .
dan lebih bodoh dari si penulis adalah rakan2 penulis yang bukannya nak menegur penyalahgunaan perbendaharan kata malah menyahut dengan kata2 yang lebih kurang sama bunyinya. dua2 otak sama .
apa ke dungunya budak2 sekolah zaman sekarang ni ? kenapa suka sangat buat ayat macam budak tak pernah pergi sekolah ? sia2 pulak rasanya mak bapak kau hantar kau pergi sekolah dengan yurannya lagi tambang bas , duit minyak dan duit belanja untuk korang . tukar2 ejaan. kau pikir comel ke ? cool sangat dah buat ayat macam tu ? buat status ntah pape . pastu bajet ramai orang nak tekan "like" untuk status kau ?
wahai adik adikku sayang serta rakan2 . gunakanlah laman sosial itu sebaik - baiknya .tulislah status pasal ayat2 motivasi ke , bola ke , haiwan ke .
p/s : cintailah bahasa ibunda kita
p/s : gunakanlah teknologi yg ada dengan lebih bijak
najwa fatini
satu sekolah kenal akuLabels: najwa fatini
Older Post | Newer Post