::Be beauty::
Ronda-Ronda JB
Friday, November 16, 2012 @ 12:07 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Actually ni cerita malam tadi punya . malam khamis yang indah lagi harmoni ditemani dengan bunyi-bunyian segerombolan kucing yang sedang asyik bertekak merebut kawasan jajahan masing-masing . gramatis tak ayat . lepas sembahyang maghrib terus meluru ke meja makan . bukak tudung saji nampak mak aku masak sardin,sayur campur,ikan goreng dan sedikit ulam-ulaman . perut pon dah buat konsert rock yg macam kat stadium merdeka apelagi meluru ke arah dapur selaju bugatti veyron amek pinggan cedok nasi dengan kuantiti yang dirasakan sesuai dengan perut dan tenaga yang bakal digunakan . dimulakan dengan bismillah dan mula menjamu selera .

Lepas dan basuh pinggan semua,then abang aku ajak pergi kedai topup . aku pun ye kan jelah . naik atas masuk bilik air capai berus gigi dan memulakan kerja-kerja pembersihan gigi aku yang sebesar batu bata ni sambil membuat konsert free di dalam bilik air yang nan indah . setelah berpuas hati memberus gigi , tengok muka depan cermin sambil memuji diri sendiri secantik fazura malah lagi cantik dari fazura .  nampak tak keperasanannya di situ . abang aku dah membebel dah dekat bawah tuh . tulisan biru tu abang n tulisan hitam tu aku .

adek cepatlah .nak pergi kedai topup je kot . bersiap macam nak pergi nikah je

sabarlah . dah nak siap pon ni . tadi berus gigilah . aku bom jugak kang dia ni .

2 minit je . kalau tak abang tinggal . 

Terkocoh-kocoh aku bersiap dengan hanya memakai t shirt dan seluar track . capai tudung berlari anak menuruni anak tangga . capai kunci rumah tutup gate dan kunci gate masuk kereta. mak aku tak ada pergi yassin . ayah kerja .dah settle pergi kedai topup baru aku terperasan abang aku bukannya lalu laluan nak balik rumah . setelah disoal siat bagai seorang polis menyiasat saksi kejadian akhirnya barulah aku dapat tahu yang abang aku nak ajak pergi ronda-ronda JB . hampeh kau abang .

Memandu dengan lagak seperti pemandu F1 Michael Schumacher . nasib tak meloncat keluar jantung aku ni . aku tengok minyak banyak lagi . dah kenapa dia ni berhenti kat petronas . hehehe . jeng2 . masuk kedai petronas beli air gas . diteruskan lagi perjalanan sambil ditemani cahaya-cahaya neon yng bergemelapan . konon2 nak pergi cari monumen dan tapak rumah Villa Nabila . tanya je mana2 oang johor mesti tahu punya pasal villa ni . kalau keluar kat soalan pmr konfem boleh score. tapi disebabkan terlalu gelap agak susahlah nak cari villa berhantu tu . dua tiga kali jugak pusing2 dekat situ tapi tak jumpa jugak . tak ada rezeki . amik tisu lap hingus . dengan penuh rasa kehampaan bagai ditusuk ubat pensel tekan kite orang meneruskan perjalanan ke danga bay . tak macam ramai pulak orangkan lepak situ . haish suka sangat buang masa rakyat malaysia ni . dalam hati aku  pun sama je dengan orang yang lepak kat sini . 

Keluar dari kereta dengan muka yang ceria bagai budak kecik dapat gula-gula kapas amik angin kat area danga bay tuh . serius ramai gila orang .orang tengok aku , aku tengok orang tu balik sambil menayangkan gigi aku yg besar ni . pelik ke tengok aku pakai seluar track je ?? nak menapak kat situ lama-lama memang tak lah . masuk kereta pusing2 lagi bandaraya johor bahru . pergi setulang , sungai seget . masa lalu depan waterfront jb tiba2 teringat pasal kemayan city . alah mall yang terbengkalai tuh . ingatkan nak pergi cari tapi tak tahu tempat tuh dekat mana . setelah beberapa minit berbincang seperti di dewan rakyat akhirnya kitaorang amik keputusan yang drastik dan memutuskan untuk ikat tali kasut dulu . tak lain dan tak bukan ronda-ronda lagi jb dan terus balik ke rumah . 


najwa fatini
satu sekolah kenal aku

Labels:



Older Post | Newer Post
❤ Owner ❤


we are the person who wrote this blog . I like black white colour . You ?? Please be nice here and don't copy what's mine! Don't Judge a Book By It's Cover :) :).


Entry Profile Links



❤ Tagboard ❤

Put your Cbox here :)

❤ Big thanks ❤
Template by : Izyanyancinnamon
Big help : Nurul
Edit by : You :)