CINTA ATAU LOVE
Saturday, November 10, 2012 @ 7:53 AM | 0 Comment [s]
![]() Bertemu kita dalam rancangan bual bicara bersama Najwa Fatini...heheheh..Lama gila tak updatekan??Tengok tajuk dekat atas...Seriusly aku tak sampai hati nak update pasal ni...Tapi disebabkan ada orang suruh aku bagi pendapat pasal cinta so aku buatkanlah...Sejujurmya aku tak tahu nak describe ape itu cinta..sebab aku bukannya ada pengalaman pon...ni kalau budak2 kelas aku baca ni double konfem memang kene gelak.. Pada pandangan peribadi aku,skop untuk CINTA ni memang luas...terlalu kompleks untuk dihuraikan sebab maksud cinta sendiri banyak memberikan maksud yg berbeza-beza...alahai ayt aku...ni kalau cikgu bm aku nampak ni komfem kene puji..aku nak korang tahu yang cinta yang paling utama ialah cinta kepada allah dan diikuti oleh para rasul dan nabi,manusia,binatang dan lain-lain...nak suruh aku terangkan satu-satu ke???rasanya tak payah lah sebab aku memang nak suruh korang semua bukak minda seluas-luasnya dan fikir sendiri.. Cinta dari segi bahasanya membawa maksud kasih sayang..cinta dan mencintai merupakan fitrah manusia...tak payah nak berbual cakap kau tak akan jatuh cinta..memang mintak taik tuhh namanya.. Cinta adalah anugerah tuhan ,mereka yang menerima dan sedang mengalami perasaan ni tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang.. Cinta yang tulus lahir daripada sikap,tindak balas dan perbuatan yang dipamerkan oleh seseorang bukan daripada kata-kata madah...rasanya cinta tak perlu diungkapkan dengan perkataan tetapi biarlah kita yang rasa dengan sendirinya.. Ramai yang cakap cinta tuh buta...act cinta tuh bukannya orang yang ada mata nak buta2 ni..sebenar-benarnya manusia tuh sendiri yang buta menilai cinta...tak gitu??dari mana datangnya perasaan cinta??heheh....dari mata turun ke hati...dari suka bertukar kepada minat dan seterusnya membibitkan rasa cinta... geli pulak aku baca benda ni..dah tak sanggup nak tulis... Apa yang aku nak tekankan dekat sini ialah tak salah nak jatuh cinta bagai ni...tapi mesti ada batasannya...jangan jadik tungau dah lah..eh silap bukan tungau atau bangau tetapi angau..untuk budak2 sekolah macam aku ni aku nak nasihatkan tak payahlah kapel2 ni..NO COUPLE UNTIL U FINISHED YOUR STUDY..get it?? Ingat benda ni..jangan meletakkan cinta kita kepada manusia melebihi cinta kita kepada maha pencipta iatu ALLAH S.W.T..Cintailah ALLAH kerana sesungguhnya ia merupakan cinta yang hakiki dan kekal abadi..Cintailah INSAN bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH...Percayalah korang TIDAK akan pernah berTEPUK sebelah tangan dengan mencintai insan MULIA ini... Cinta sesama insan tidak akan kekal lama. Ini kerana, kita ada Tuhan dan Tuhan kita adalah Allah. Allah berkuasa menarik apa sahaja yang Dia ciptakan termasuk orang yang kita sayang . Tolong renungkan dan ingatlah bahawa cinta pada manusia tidak kekal lama tetapi cinta pada Allah tidak akan pudar buat selama-lamanya.Tepuk dada tanya iman.. najwa fatini, satu sekolah kenal aku Labels: najwa fatini |
❤ Owner ❤
❤ Tagboard ❤
❤ Big thanks ❤
Big help : Nurul Edit by : You :) |